cis, perkara yang paling aku tak suka kini berlaku... tayar pancit... cis cis cis...
dengan mengangkut juju yang kini semakin terasa agak berat juga kadang-kadang, ku tempuhi jua perjalanan yang berbaki lebih kurang 2 minit itu. aku tempatkan kuda berantai di hadapan kedai motor yang belum bukak lagi. dengan harapan kedai itu akan bukak sebentar lagi. aku ternampak seorang abang yang sedang memarut kelapa di sebuah kedai runcit yang agak berhampiran. setelah bertanya aku dapati kedai itu akan dibuka hanya selepas solat jumaat.
aku berfikir, oklah tu kot... dari die tak bukak langsung...
kemudian aku berfikir... maknanya aku akan harus berjalan kaki lah ke masjid hari ini... fuh, jauh jugak tu... naseb aku gagah lagi...
dan, aku betul2 berjalan kaki... ya, aku kagum kerana aku tak penat sangat pun... yeah!!!
aku masih ade stamina!!!
jauh weh masjid dgn tempat kerja. seekor semut terpaksa mengambil masa beberapa hari kalau nak sampai. walaupun kaki dia lagi banyak dari aku.